DUN Ayer Kuning: 300 KIR terima bantuan JKM 150,000 sebulan

TAPAH – Sebanyak 300 ketua isi rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membabitkan peruntukan berjumlah RM150,000 sebulan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, bantuan itu disalurkan kepada penerima bagi kategori miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika sidang media pada Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Dewan Serbaguna Ayer Kuning, Tapah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

“Bilangan bantuan yang diterima setiap penerima berbeza mengikut kategori serta keperluan masing-masing.

“Bagi Bantuan Am JKM di Perak misalnya, kerajaan negeri menambah peruntukan daripada RM400 kepada RM500 sebulan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Dewan Serbaguna Air Kuning, dekat sini, pada Selasa.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Bantuan JKM Perak 2024, JKM DUN Ayer Kuning, bantuan bulanan JKM RM500, bantuan makanan JKM Perak, bantuan warga emas Perak, bantuan OKU Perak 2024, kerajaan negeri Perak bantuan kebajikan, data penerima bantuan JKM Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan sumbangan kepada penerima bantuan pada Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Dewan Serbaguna Ayer Kuning, Tapah, pada Selasa. Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

Menurut Salbiah, Kerajaan Negeri Perak menyalurkan RM45.49 juta bagi penyaluran pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan termasuk bantuan bencana, dan sebagainya.

“Berdasarkan data penerima bantuan JKM pada Februari tahun ini, seramai 52,057 orang sedang menerima daripada semua skim bantuan bulanan JKM, sama ada skim bantuan persekutuan mahupun negeri.

“Dan daripada jumlah tersebut seramai 3,010 atau 5.8 peratus adalah daripada daerah Batang Padang,” jelas beliau.

Bantuan JKM Perak 2024, JKM DUN Ayer Kuning, bantuan bulanan JKM RM500, bantuan makanan JKM Perak, bantuan warga emas Perak, bantuan OKU Perak 2024, kerajaan negeri Perak bantuan kebajikan, data penerima bantuan JKM Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir ke Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Dewan Serbaguna Ayer Kuning, Tapah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

Mengulas tentang program Salbiah berkata, kesemua 300 KIR yang juga penerima manfaat bantuan JKM menerima bakul makanan sebagai usaha meringankan beban mereka terutama sebagai persediaan menyambut Syawal.

Salah seorang penerima, Nur Hidayah Abu, 33, berkata, bakul makanan yang diterima membantu keluarganya menampung bagi mencukupkan keperluan barang dapur yang masih kurang.

Dia yang mewakili suami dan adik masing-masing penerima bantuan JKM itu memberitahu ia sedikit sebanyak membantu keluarganya dalam menghadapi Ramadan ini serta Aidilfirtri nanti.

Bantuan JKM Perak 2024, JKM DUN Ayer Kuning, bantuan bulanan JKM RM500, bantuan makanan JKM Perak, bantuan warga emas Perak, bantuan OKU Perak 2024, kerajaan negeri Perak bantuan kebajikan, data penerima bantuan JKM Perak
Penerima bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan bakul makanan, Nur Hidayah Abu, 33. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

Nur Hidayah berkata, antara barangan asas yang diterima termasuk beras, nasi himpit, minyak masak, telur, gula dan sebagainya.

“Bakul makanan yang kami terima ini membantu melengkapkan keperluan barang dapur kami yang masih tidak cukup.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Perak dan kerajaan negeri kerana berterusan dalam memberi perhatian dan membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu Supiah Hassan, 72, dari Kampung Simpang Tiga, Bidor berkata, bantuan bakul makanan yang diterima menambahkan lagi keceriaannya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bantuan JKM Perak 2024, JKM DUN Ayer Kuning, bantuan bulanan JKM RM500, bantuan makanan JKM Perak, bantuan warga emas Perak, bantuan OKU Perak 2024, kerajaan negeri Perak bantuan kebajikan, data penerima bantuan JKM Perak

Penerima bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan bakul makanan, Supiah Hassan, 72. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

Menurut warga emas itu, dia datang ke program ditemani jiran, Halimah Muheedin, 67, kerana kesukaran berjalan selepas disahkan mengalami penyakit radang sendi sejak beberapa bulan lalu.

“Saya juga bersyukur kerana bantuan bulanan JKM juga telah dinaikkan kepada RM500. Saya boleh katakan, pentadbiran ini amat prihatin kepada rakyat.

“Sebagai rakyat, kita perlu bersyukur dengan segala pemberian yang ada, dan kekalkan kepimpinan sedia ada,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JKM Perak sedia beri khidmat kaunseling keluarga kanak-kanak jatuh tasik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI