MGPerak: DUN Perak: Razman Digantung Enam Bulan Serta Merta

140

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggantung Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria daripada menghadiri persidangan selama enam bulan, berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Keputusan itu dibuat Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas usul syor penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri terhadap Razman dibawa Ong Boon Piow (PH-Bercham) dipersetujui.

Ketika membentangkan usul Boon Piow berkata, jawatankuasa yang bersidang pada 14 April lalu telah menerima permohonan maaf daripada Razman dan memberikan amaran untuk beliau tidak mengulangi semula tindakannya. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini