MGPerak: Berucap Dalam Masjid: Bekas ADUN, AJK Masjid Dikenakan Tindakan

182

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengambil tindakan terhadap seorang bekas wakil rakyat susulan menyampaikan ucapan dalam masjid di Kuala Kangsar pada Mac lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan itu, turut dikenakan tindakan adalah pengerusi dan setiausaha masjid berkenaan atas isu sama.

Katanya, tindakan itu diambil sebagai menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tidak membenarkan ahli politik untuk berucap di masjid dan surau di negeri ini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini