Kemenangan PN di Sungai Bakap tidak akan kembali di Ayer Kuning

TAPAH – Impian Perikatan Nasional untuk membawa kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ke Ayer Kuning 26 April ini tidak mungkin tertunai, kata Ahli Majlis Kerja Tertingi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, ia ekoran emosi pengundi di Sungai Bakap ketika itu tidak wujud dalam kalangan pengundi DUN Ayer Kuning hari ini.

“Pihak pembangkang di sebelah sana mengatakan mereka ingin mengembalikan Sungai Bakap di Ayer Kuning. Saya dapat maklumat itu yang mereka katakan.

“Mereka tidak dapat mengembalikan Sungai Bakap di Nenggiri dan Mahkota jadi mereka cuba mengembalikan kemenangan Sungai Bakap di Ayer Kuning,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyantuni pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga, di sini, pada Khamis.

Ketua Sekteriat War Room UMNO itu berkata, kekalahan calon Kerajaan Perpaduan di DUN Sungai Bakap adalah disebabkan empat faktor iaitu penarikan balik subsidi, isu BlackRock, titah adendum bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kenaikan tarif air.

“Saya banyak kali ke Sungai Bakap kerana ketika itu ada emosi yang tinggi dalam kalangan pengundi. Jadi empat emosi yang berlaku di Sungai Bakap itu menyebabkan kita kalah tidak ada di Ayer Kuning.

“Tidak ada emosi yang menganggu pemikiran rakyat, saya banyak kali turun padang setiap kali PK dan saya lega di sini tiada ada emosi menganggu pemikiran rakyat yang akhirnya nanti pada 26 April diterjemah kepada kemenangan BN,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.

Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan pertembungan antara Ustaz Yusri mewakili BN, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI