MGPerak: Pembinaan Jambatan Bailey Ganti Jambatan Sungai Liat Sudah Dimulakan

77

IPOH – Kerajaan Perak telah memulakan kerja-kerja pembinaan Jambatan Bailey bagi menggantikan Jambatan Sungai Liat, Sungkai yang runtuh dalam kejadian Sabtu lalu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, jambatan itu dibina bagi menghubungkan laluan keluar dan masuk Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Orang Asli Sungai Tisong dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site yang terputus.

Menurutnya, jambatan yang akan dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 29 April ini. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini