IPOH – Kerajaan Negeri memperkenalkan Portal Perak Digital 2.0 iaitu inisiatif inovatif yang memacu keterangkuman digital, memperkasa masyarakat dan merapatkan jurang teknologi.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, portal yang dinaik taraf itu akan menjadi satu pusat sehenti (one stop centre) kepada warga negeri ini.
Menurutnya, modul terbaharu yang ditambah baik dalam portal tersebut iaitu e-Derma yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara telus dan sah kepada masjid dan rumah ibadat yang memerlukan di Perak. -MGPerak