MGPerak: ‘Tok Wan Saya Dari China, Kenapa Kata Kita Rasis’ – Sanusi

578

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menangkis dakwaan yang sering mengaitkan gabungan itu sebagai parti yang membawa naratif berbaur perkauman.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, sebaliknya PN sentiasa mengambil pendekatan menyantuni masyarakat pelbagai kaum termasuk dalam pelbagai siri kempen pilihan raya kecil (PRK).

Menurut Muhammad Sanusi, secara peribadi semangat keharmonian telah sebati dalam dirinya apabila beliau sendiri mempunyai susur galur keturunan masyarakat Cina yang berhijrah ke sini daripada Tanah Besar China suatu masa dahulu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini