PRK Ayer Kuning: Calon BN selesai mengundi

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir turut melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, hari ini.

Mohamad Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Yusri yang memakai baju bercorak batik berwarna kelabu tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong, di sini, pada jam 8.50 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Sementara itu, Ustaz Yusri ketika ditemui pemberita selepas mengundi berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses mengundi yang dijalankan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri ketika membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.

“Alhamdulillah saya selesai mengundi dan saya melihat proses serta perjalanan mengundi berjalan lancar dengan mengikut peraturan ditetapkan SPR,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning, menyaksikan Ustaz Yusri yang merupakan Setiausaha UMNO Tapah dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Seramai 31,281 pengundi layak memilih wakil rakyat baharu di 19 pusat mengundi melibatkan 63 saluran hari ini, manakala undi awal pada Selasa membabitkan 500 anggota polis dan pasangan Polis PGA.

PRK DUN Ayer Kuning juga melibatkan 116 pengundi pos, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kertas undi pos pada 14 April. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

31,281 pengundi Ayer Kuning mengundi hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI