MGPerak: Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Pusat Pengeluaran BPS PPN Perak

55

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah (BPS) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di sini, pada Selasa.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Ketibaan baginda kira-kira 11.00 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Perasmian ini menandakan satu langkah strategik ke arah memperkukuh ekosistem industri padi dan beras dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini