PM seru semarak prinsip hormat sesama insan dalam kemajmukan rakyat

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Wesak di negara ini mengajak masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyemarakkan karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan dalam kemajmukan rakyat.

Demikian kata Perdana Menteri, dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak pada hari ini.

“Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal yang mencakup persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Anwar menyeru rakyat supaya sama-sama menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang pelbagai.

Sebagai info, Hari Wesak atau juga dikenali sebagai Vesak Day adalah hari yang sangat penting dalam kalendar penganut agama Buddha.

Ia hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI