Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini mampu memenangi 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025-2028.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan PKR I, Datuk Seri R Ramanan yang menyatakan sokongan 101 peratus terhadap anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisi jawatan itu. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak