Nahas FRU: ‘Peristiwa ini berat untuk saya’ – Muhammad Aniq

TELUK INTAN – Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam nahas jalan raya di Teluk Intan Selasa lalu menyifatkan ia sebagai peristiwa paling berat untuk diterima apabila kehilangan sembilan rakan sepasukan sekelip mata.

Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, berkata, walaupun terselamat daripada nahas berkenaan, kehilangan itu sememangnya amat sukar untuk diterima.

Malah katanya, ketika sedang dirawat di Hospital Teluk Intan sebaik selepas nahas berlaku, dia masih memikirkan keadaan rakan-rakannya yang lain.

anggota FRU nahas Teluk Intan Related keyphrases: Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, anggota FRU trauma kemalangan, nahas trak FRU dan lori batu, pengorbanan anggota polis FRU, isteri anggota FRU cedera, kisah sedih tragedi FRU Teluk Intan
Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, yang kini stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan di rumah rehat Taman Melor, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 MEI 2025.

“Peristiwa ini paling berat untuk saya terima kerana ia berlaku (kehilangan rakan sepasukan dalam) sekelip mata sahaja.

“Saya sudah anggap mereka (sembilan anggota maut) sama seperti abang-abang saya sendiri,” katanya dengan sebak.

Dia berkata demikian ketika ditemui di sebuah rumah rehat di Taman Melor, dekat sini, pada Khamis.

Susulan nahas itu Muhammad Aniq mengalami kecederaan dalaman iaitu di paru-paru dan lebam di pinggang selain mengakibatkan dia sukar untuk duduk serta berdiri.

anggota FRU nahas Teluk Intan Related keyphrases: Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, anggota FRU trauma kemalangan, nahas trak FRU dan lori batu, pengorbanan anggota polis FRU, isteri anggota FRU cedera, kisah sedih tragedi FRU Teluk Intan
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin melawat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, yang kini stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan di rumah rehat Taman Melor, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 MEI 2025.

Dalam pada itu Muhammad Aniq berkata, ketika nahas itu berlaku, dia berada dalam keadaan separuh sedar selain mendengar jeritan meminta tolong.

“Saya hanya dengar bunyi brek dan dentuman kuat. Tahu-tahu saya sudah berada di lantai lori, sebelum dibawa keluar dari trak, dan itu sahaja saya ingat,” ujarnya.

Pada kejadian sekitar jam 8.50 pagi, sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, dekat sini.

Lapan anggota maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, sementara sembilan lagi cedera.

anggota FRU nahas Teluk Intan Related keyphrases: Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, anggota FRU trauma kemalangan, nahas trak FRU dan lori batu, pengorbanan anggota polis FRU, isteri anggota FRU cedera, kisah sedih tragedi FRU Teluk Intan
Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, ditemani isteri Nor Farahana Mohd Razali, 28, menaiki ambulans swasta selepas dibenarkan pulang ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan di rumah rehat Taman Melor, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 MEI 2025.

Dalam pada itu, isteri, Isteri Nor Farahana Mohd Razali, 28, berkata, ketika kemalangan itu berlaku dia tidak mengetahui keadaan sebenar suaminya.

Menurutnya, ia membuatnya bertambah resah apabila beberapa panggilan telefon yang dibuat terhadap suaminya gagal dijawab.

Temubual isteri anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, Nor Farahana Mohd Razali, 28, di rumah rehat Taman Melor, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 MEI 2025.

“Ada anggota polis memaklumkan suami saya cedera. Walaupun cedera, saya tidak tahu tahap kecederaan yang dia alami.

“Kemudian anak lelaki kami, Mikail Anaqi yang berusia empat bulan tiba-tiba sahaja menangis, seolah-olah tahu bahawa ayahnya sedang kesakitan,” katanya lagi.

Nor Farahana memberitahu, keresahan yang dialaminya terubat selepas pihak hospital membuat panggilan video untuk dia berhubung dengan Muhammad Aniq.

“Saya berasa lega sedikit selepas dapat bercakap dengan dia melalui panggilan video. Namun saya sebak apabila dia cakap ‘tolong jaga adik (anak)’,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:
Nahas FRU: Seorang anggota dibenarkan pulang – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI