MGPerak: Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah Terbesar Di Asia Tenggara

52

IPOH – Dibina dengan kos mencecah RM1 bilion Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah menjadi mercu tanda baharu dan pemangkin dalam bidang perubatan rehabilitasi negara.

Fasiliti terbesar di Asia Tenggara ini turut menggabungkan elemen warisan budaya negeri Perak menerusi seni kraf Tekat Timbul Benang Emas serta reka bentuk futuristik moden.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pusat rehabilitasi itu juga bakal menjadi hab terbesar di rantau ini dan pusat kecemerlangan bagi rehabilitasi serta Program Return To Work (RTW) di peringkat global. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini