Pemandu lori muatan batu yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu dengan cara berbahaya di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pada Jumaat.
Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, membuat pengakuan itu sebaik sembilan pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak sebagai Majistret. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak