Seramai 15 saksi telah dipanggil bagi dirakam keterangan termasuk pemilik syarikat lori untuk membantu siasatan nahas jalan raya yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pemilik syarikat berkenaan telah tampil memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada Khamis. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak