MGPerak: Saya Kena Kuat, Menangis Air Mata Darah Pun Arwah Tak Akan Kembali – Isteri Anggota FRU

68

“Kenapa lori itu langgar sampai ayah mati? Siapa nak main dengan adik masak-masak?,” itu yang sering ditanya Nur Aqeela Rawida, 6, anak bongsu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, yang terkorban dalam nahas di Teluk Intan pada Selasa.

Isteri Allahyarham, Nur Aini Samiun, 44, berkata, anak bongsunya juga setiap hari menangis manakala anak kedua, Muhd Rizqi Nazhan, 9, pula seorang yang suka memendam perasaan.

Menurutnya, arwah juga seorang bapa penyayang termasuk kepada anak sulung mereka, Muhd Raqin Najmi, 13, yang menghidap sindrom down, arwah turut disifatkan sebagai anak yang baik apabila menjaga ibu bapa yang sakit sehingga akhir hayat. – MGPerak#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini