Pemandu treler maut nahas empat kenderaan

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu treler maut manakala tiga cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan antara Sungkai ke Slim River malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.36 malam.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan Bidor digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler muatan batu kapur, dua buah lori lima tan muatan paip dan motosikal serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, kita mendapati lelaki berusia 40 tahun telah tersepit di bahagian kepala treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan).

“Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan kelindan lori lima tan muatan paip, masing-masing berusia 28 tahun mengalami cedera ringan.

“Pemandu lori lima tan berusia 28 tahun yang membawa muatan motosikal  mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Manakala pemandu dan penumpang kereta MPV Toyota Unser, masing- masing berusia 37 dan 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketua operasi segera menjalankan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kepala treler dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat mangsa yang dikeluarkan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.09 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kereta rempuh belakang lori tangki

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI