Sultan Perak berkenan rasmi JPN Daerah Larut Matang dan Selama

TAIPING -Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Simpang dekat sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; barisan Exco Kerajaan Perak; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan ayat al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak perasmian klinik berkenaan di atas pentas utama.

Sultan Perak berkenan rasmi JPN Daerah Larut Matang dan Selama
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Simpang dekat sini hari ini.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Baginda kemudiannya melihat tayangan montaj seterusnya melawat pejabat berkenaan serta pameran evolusi JPN.

Bangunan bernilai RM10.5 juta yang dibina di kawasan seluas 4.04 hektar itu mula dibina pada 2 September 2021 dan telah siap sepenuhnya pada 22 April 2024.

Antara fasiliti yang disediakan termasuklah 118 lot parkir kenderaan, tandas termasuk untuk orang kurang upaya, surau, ruang menunggu yang luas dengan 132 tempat duduk dan sebuah bilik pengupacaraan perkahwinan yang mampu memberi keselesaan bagi pelanggan berurusan di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan rasmi Pusat Pengeluaran BPS PPN Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI