PM jamin tak naikkan harga petrol RON95

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON95.

Menurutnya, cadangan tersebut menaikkan pernah dibentangkan dalam Kabinet sebelum ini, namun tidak bersetuju dengannya.

“Saya sedang fikirkan isu subsidi petrol RON 95, ada yang minta harganya dinaikkan untuk rakyat.

“Namun, saya tak setuju naikkan harga petrol RON95, boleh diturunkan sedikit demi sedikit mengikut masa dan harga pasaran.

“Namun harga petrol untuk empat juta orang rakyat asing di negara ini yang perlu dinaikkan.

“Orang asing nikmati RM3 hingga RM4 bilion subsidi. Mungkin selepas nak beli petrol RON95 kena tunjuk kad pengenalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulung Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada hari terakhir Kongres PKR Johor 2025 di Pusat Konvensyen Persada di sini hari ini.

Pada 18 Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2025, Anwar menyentuh isu penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Tujuan cadangan berkenaan, menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, boleh menjimatkan sehingga RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya ketika ini.

Penjimatan itu nanti, katanya, akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak, membiayai pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam di negara ini.

Justeru, tegas Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam, rakyat tidak harus musykil dengan pendekatan kerajaan yang akan mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tiada negara di dunia yang memberi subsidi petrol kepada golongan maha kaya termasuk yang memiliki deretan kereta mewah.

“Mana ada negara yang beri subsidi petrol pada yang ada Roll Royce terutama lima peratus golongan yang maha kaya negara ini.

“Namun golongan lima peratus ini suruh kita pertahankan mereka supaya dapat terus nikmati subsidi petrol,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan untuk meneliti semula subsidi gas dan gas asli cecair (LNG).

Katanya, kerajaan akan membaiki isu berkenaan selain gesaan untuk melihat semula e-Invoice.

“e-Invoice kita akan kaji, ia sangat penting untuk negara tidak kehilangan hasil,” katanya.

Anwar turut menegur PKR tentang penyampaian isu subsidi elektrik kepada rakyat yang dilihat masih lemah, sehingga masyarakat gagal memahami hasrat kerajaan.

“Malaysia adalah negara paling tinggi subsidi. Subsifi elektrik sebanyak 85 peratus (rakyat) tak terkesan, namun cara kita sampaikan amat lemah kepada rakyat,” katanya.

“Namun diakui isu gas LNG akan diteliti semula supaya ia tidak membebankan syarikat kecil yang diakui terbeban dengannya,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI