SELEPAS 20 tahun berbakti sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dalam dan luar negara, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan memilih untuk pulang berbakti di negeri kelahiran beliau tiga tahun lalu.
Anak kelahiran Perak berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Kepimpinan itu kini memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak selepas dilantik pada 15 November 2023.
Pelbagai usaha dilakukan beliau selepas mengambil alih Yayasan Perak termasuklah menjenamakan semula ia sebagai Agensi Peneraju Pembangunan Modal Insan Unggul Negeri Perak, melalui Pemerkasaan Pendidikan dan Pengupayaan Sosial. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #yayasanperak #peraksejahtera2030