MGPerak: BETA Architects Menang Reka Bentuk Semula Pasar Besar Ipoh

306

Beu Tan Architect (BETA) dinobatkan sebagai pemenang utama Pertandingan Idea Konsep Reka Bentuk Cadangan Menaik Taraf Pasar Besar Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Firma arkitek yang berpangkalan di Pulau Pinang itu berjaya menewaskan 39 pesaing lain dengan membawa pulang RM30,000 serta sijil penyertaan dan hadiah disampaikan Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Pengasasnya, Tan Bee Eu berkata, pihaknya menampilkan konsep unik bertemakan ‘Breathe, Harness and Activate’ yang memberi penekanan kepada pengudaraan semula jadi dan suasana yang lebih selesa kepada pengunjung pasar. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini