IPOH – Konvoi van yang membawa 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggalkan pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini menuju ke Terengganu jam 8.55 malam tadi.
Perjalanan bermula sebaik saja proses bedah siasat ke atas kesemua jasad mangsa yang terkorban dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik awal pagi tadi selesai. -MGPerak