Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas ditahan setelah keluar hospital

IPOH – Pemandu bas yang terbabit nahas jalan raya mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu sudah ditahan polis, pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sekitar jam 6 petang selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping.

Katanya, lelaki itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.

“Kita telah mendapat arahan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara) untuk tuduh suspek esok (Jumaat) di Mahkamah Gerik,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

Difahamkan, pemandu bas terbabit diiringi tiga anggota polis, dipercayai dari IPD Gerik, sebelum mereka meninggalkan pekarangan hospital.

Pada Isnin, seramai 15 pelajar UPSI meninggal dunia selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam nahas jsekitar jam 1 pagi di Kilometer (Km) 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik.

Bas membawa 42 pelajar institusi itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke Tanjung Malim dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Perodua Alza dan terbalik.

Nahas jalan raya itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nahas pelajar UPSI: Pemilik syarikat bas tampil beri keterangan semalam 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI