Mayat wanita reput tanpa pakaian ditemukan tergantung

TANJUNG MALIM – Mayat seorang wanita yang sudah reput tanpa pakaian ditemukan tergantung pada dahan sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Gunung Besout, Trolak, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.13 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang sedang mencari lembu ternakan di ladang tersebut dan ternampak mayat tergantung di dahan pokok. Jarak tempat kejadian dengan jalan utama lebih kurang 10 meter.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat tersebut ditemukan dalam keadaan tergantung tanpa pakaian, reput dan tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurut beliau, turut ditemukan di lokasi adalah beberapa barangan yang dipercayai milik mangsa, antaranya sepasang selipar warna biru dan sehelai pakaian dalam perempuan yang berada di dalam parit.

Mohd Hasni berkata, hasil siasatan pada mayat berkenaan juga menemukan thali pada leher yang disyaki merupakan rantai ikatan perkahwinan masyarakat India.

“Mayat wanita itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperolehi,” katanya lagi.

Justeru tambah beliau, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau kenalan diminta tampil kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat atau ingin membuat laporan boleh menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Trolak, Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren di talian 017-5603331 atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4528222.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu proses siasatan dan mengenal pasti identiti mangsa,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anggota polis alami kemurungan ditemui tergantung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI