RPKP lonjak hasil petani hingga 30 peratus – FAMA

SUNGAI SIPUT – Seramai 62 usahawan pemasar melibatkan 620 orang pengeluar berjaya dibangunkan sebagai usaha memperkukuh sistem pemasaran hasil pertanian tempatan menerusi program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Shahrizan Sudiman berkata, di Perak terdapat sebanyak empat RPKP yang aktif iaitu di Bagan Datuk, Teluk Intan serta Kuala Kangsar.

Menurutnya, melalui RPKP, FAMA menyasarkan peningkatan pendapatan bagi setiap peserta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

“Untuk tahun ini, kita sasarkan lebih kurang lapan orang peserta RPKP di seluruh negara dengan 80 orang petani di bawah peserta RPKP.

“Kita lihat belia berusia sekitar 30 ke 45 tahun antara yang aktif menyertai RPKP di seluruh Malaysia seperti mana harapan kerajaan yang mengalakkan supaya ramai anak muda untuk menceburi bidang petanian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peralatan Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) bagi Tahun 2025 di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Kampung Tersusun Kledang Utama, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Zolkafly Harun dan Pengarah FAMA Perak, Azleena Zainal Abidin.

Katanya, RPKP merupakan satu program strategik yang mengenalpasti serta mendaftarkan individu, syarikat, koperasi, atau anak syarikat agensi kerajaan yang terlibat dalam pembelian hasil pertanian daripada peserta program KPLK (Kontrak Pemasaran Ladang Kontrak).

“Mereka mungkin terlibat dalam pengeluaran sendiri, namun diwajibkan untuk membeli hasil daripada pengeluar atau petani lain.

“Sebagai balasan atas perkhidmatan ini, mereka menerima pelbagai insentif, bantuan dan kemudahan daripada FAMA,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak sedia tanah tambahan bantu usahawan tani perluas tanaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI