KPDN Perak serbu stor haram, sita 720kg minyak masak peket

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 720 kilogram (kg) minyak masak peket dan dokumen perniagaan yang dianggarkan bernilai RM1,800 dalam satu serbuan di Teluk Kurin Buntong di sini petang semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan yang dilakukan di sebuah rumah dijadikan sebagai stor haram simpanan minyak masak peket itu hasil pemantauan dan risikan selama satu minggu yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa kementerian itu melalui Ops Tiris 3.0.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun disyaki penyewa rumah telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen bagi penyimpanan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI