IPOH – Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak Tahun 1447H.
Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan Qariah Terbaik Keseluruhan 2009 itu berkata, anugerah yang diterimanya itu didedikasikan buat Allahyarham bapanya, Syed Mohd Badiuzzaman Syed Lope Alyahya.
Anak jati Ipoh itu menerima anugerah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat negeri Perak pada Khamis. -MGPerak