Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status sebenar sebutir bom mortar 81mm yang ditemukan di Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Terowong Menora, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan termasuk bagi mengesahkan sama ada bahan letupan yang dikategorikan sebagai unexploded ordnance (UXO) itu merupakan tinggalan era Perang Dunia Kedua atau sebaliknya. -MGPErak
#malaysiagazetteperak #mgperak