MBI perkenal IpohGo, aplikasi pelancongan pintar bandar raya Ipoh

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperkenalkan sebuah aplikasi pelancongan pintar yang dinamakan IpohGo -Travel Smarter, bagi memudahkan orang ramai mengenali keunikan bandaraya ini secara digital dan interaktif.

Menurut kenyataan MBI, aplikasi berkenaan dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat MBI dan direka khusus untuk menampilkan pelbagai maklumat berkaitan lokasi menarik di sekitar Ipoh yang boleh diakses dengan mudah melalui telefon pintar.

“IpohGo menyediakan paparan tempat-tempat menarik (Point of Interest-POI) yang dikategorikan mengikut minat pengguna seperti lokasi bersejarah, tempat makan, aktiviti keluarga dan pelbagai lagi.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha MBI untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah bandaraya pintar yang mesra pelancong dan berinformasi, selari dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan industri pelancongan digital,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, kenyataan tersebut memaklumkan, warga MBI turut dipelawa untuk memuat turun aplikasi tersebut serta memberikan maklum balas pengguna bagi membantu penambahbaikan berterusan terhadap fungsi dan kandungan aplikasi berkenaan.

“Sokongan semua pihak amat penting bagi memastikan aplikasi IpohGo terus relevan dan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada para pelancong serta penduduk setempat.

“Menerusi aplikasi ini, majlis berharap akan terus dikenali bukan sahaja kerana keindahan dan sejarahnya, tetapi juga sebagai destinasi pelancongan pintar yang memanfaatkan teknologi demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store, Apple App Store serta Huawei AppGallery.

Maklumat lanjut juga boleh diakses melalui laman sesawang rasmi MBI di pautan https://www.mbi.gov.my/sumber/ipohgo-travel-smarter-1 .

Artikel Berkaitan:

MBI buka platform kepada warga Ipoh salur Idea Bajet 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI