Selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Tun M – PM, Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasangan itu turut mendoakan agar Dr Mahathir terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan seharian.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.

Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu menerajui Malaysia menerusi kerajaan Barisan Nasional selama 22 tahun bermula 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI