KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan pelancaran Logo Pavilion Perak dan ‘Road To MAHA’ (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia), pada Isnin.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun turut hadir ke majlis pelancaran yang diadakan bersempena dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, di sini. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





