MGPerak: Usahawan Perak Raih Potensi Eksport RM8.4 Juta, Jualan Tunai RM582,000

73

Seramai 26 usahawan Perak berjaya merekodkan jualan tunai berjumlah RM582,000 serta meraih potensi kontrak eksport bernilai RM8.4 juta, dalam tempoh Januari sehingga kini.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pencapaian itu membabitkan usahawan yang berjaya memperluaskan pasaran ke luar negara menerusi tiga program utama perluasan pasaran antarabangsa.

Katanya, program berkenaan melibatkan penyertaan dalam pameran dan ekspo perdagangan antarabangsa iaitu ‘Brunei Consumer Fair 2025’, ‘World Expo Osaka 2025’ dan ‘Fine Food New Zealand 2025’. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini