IPOH- Seramai 17 batin dari perkampungan Orang Asli di sekitar Daerah Kinta terlibat dalam upacara Mandi Balai yang menjadi sebahagian daripada Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan yang berlangsung di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta, Ipoh, pada Isnin.
Kesemua mereka hadir ke upacara berkenaan dengan mengenakan pakaian Baju Melayu berwarna hitam lengkap bersampin dan songkok. -MGPerak