IPOH – Seorang ibu tunggal meminta siasatan telus pihak berwajib terhadap kematian anak lelakinya yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram, Johor, pada Julai lalu.
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa, anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, yang juga penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu disyaki menjadi mangsa buli berdasarkan bentuk kecederaan dan luka yang dialami. -MGPerak