Counter-setting KLIA: 26 penguat kuasa dibuang kerja tahun lepas – Saifuddin 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 anggota dan pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibuang kerja tahun lepas kerana terlibat dengan sindiket counter-setting, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagi 2023, sebanyak lapan individu turut dikenakan tindakan sama.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangani 50 kes phantom travellers atau ‘pengembara hantu’, dengan dua kes kini dalam proses pertuduhan di mahkamah manakala bakinya sedang melalui pelbagai peringkat termasuk proses pertuduhan, siasatan dalaman dan penyediaan kertas siasatan tatakelola.

“Semua yang dimaklumkan ini adalah tindakan yang telah diambil dan bukannya cakap kosong, tidak mengira siapa pun (yang terlibat dengan rasuah), sikap kita sekarang adalah toleransi sifar terhadap perbuatan jijik ini (rasuah).

“Justeru, perihal usaha dan komitmen kerajaan terhadap membanteras rasuah, tidak perlu dipertikaikan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berhubung status tindakan terhadap kes counter-setting di KLIA pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI