MGPerak: Projek Pusat Rehabilitasi PERKESO Meru Raya Siap 80 Peratus

90

IPOH – Projek pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya kini telah mencapai kemajuan lebih 80 peratus.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, meskipun berlaku sedikit kelewatan, beliau yakin pusat rehabilitasi berkenaan yang bakal menjadi terbesar di Asia Tenggara akan siap dibina menjelang akhir tahun ini.

Katanya, tambahan pula ia merupakan antara projek yang mendapat perhatian khusus daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini