IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Selangor untuk mencadangkan tiga sukan tambahan iaitu petanque, Muay Thai dan silambam bagi dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, cadangan itu merupakan satu kejayaan buat peminat dan penggiat sukan terbabit untuk menyaksikan penyertaan semula acara berkenaan dalam SUKMA. -MGPerak