Kibar Jalur Gemilang dengan tertib, beradab – Saarani

IPOH – Menghormati Jalur Gemilang bukanlah soal bangsa, warna kulit, agama, apatah lagi kabilah kepartian namun ia tanggungjawab rakyat Malaysia bagi memahami erti sebuah negara merdeka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, apabila mengibarkan ia perlu dilakukan dengan tertib dan beradab.

“Jangan terbalik, jangan dibiarkan lusuh atau dibiarkan koyak. Kalau salah cara pemasangan sama-sama kita betulkan.

“Kalau ada yang tidak faham, sama-sama kita beri pencerahan. Inilah tanda kita rakyat yang cakna, rakyat yang peduli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin dan barisan Exco kerajaan negeri.

Kibar Jalur Gemilang dengan tertib, beradab – Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, pada Jumaat. Turut hadir Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2025.

Dalam pada itu, Saarani berkata, cara rakyat menghormati bendera mencerminkan cara rakyat menghormati negara.

“Bendera itu adalah wajah negara; pada setiap kibaran Jalur Gemilang, terpantul maruah, sejarah, dan masa depan kita.

“Maka, jagalah kemuliaannya dengan rasa hormat, sebagaimana kita menjaga nama baik diri, keluarga dan negara.

“Setiap kali ia berkibar megah, biarlah hati kita turut berkobar dengan semangat merdeka, menyedarkan kita bahawa di bawah panji inilah kita bersatu, di bawah panji inilah kita berjuang, dan di bawah panji inilah kita akan terus melangkah membina masa depan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat menjadikan sambutan bulan kemerdekaan ini sebagai ikrar yang hidup untuk terus menjaga keamanan, memupuk perpaduan, dan membina negara dengan seluruh daya dan upaya.

“Jangan biarkan kemerdekaan ini hanya tercatat pada tarikh di kalendar; biarlah ia hidup di setiap denyut nadi kita.

“Dengan nikmat keamanan itu, mudah-mudahan kita menjadi insan yang selalu bersyukur,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tular dua lelaki dilihat sengaja kibar Jalur Gemilang terbalik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI