Semua premis di Perak diingatkan untuk pasang Jalur Gemilang dengan betul

IPOH – Kerajaan Perak meminta agar semua premis kerajaan mahupun swasta di negeri ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, bagaimanapun semua pihak diingatkan untuk memastikan Jalur Gemilang dipasang dengan cara yang betul agar tidak timbul sebarang kegusaran awam.

“Di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita tidak mewajibkan namun kita galakkan pemasangan Jalur Gemilang di premis masing-masing sebagai tanda cinta akan negara.

“Namun perkara ini ‘straightforward’ (mudah difahami sebenarnya) dan kita perlu lebih berhati-hati dalam mengendali serta memasang (Jalur Gemilang) supaya tak timbul isu yang terus menjadi perbalahan dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative Tahun 2025 Daerah Kinta di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choy Tsi Jen.

Kerajaan Perak kibarkan Jalur Gemilang Bulan Kebangsaan 2025, Jalur Gemilang Perak, Sandrea Ng Shy Ching, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, premis kerajaan swasta Perak, bendera Malaysia, isu Jalur Gemilang terbalik
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menyempurnakan Majlis Penutup Perak Pawsitive Intiative Tahun 2025 Daerah Kinta di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh, pada Ahad.

Sandrea menambah, usaha memberi penerangan berhubung tatacara pengendalian dan pemasangan Jalur Gemilang akan terus diperluas melalui agensi kerajaan serta pihak berkuasa berkaitan.

Jelas Sandrea, perkara itu penting supaya semangat masyarakat dalam hendak meraikan Bulan Kebangsaan sentiasa berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

“Oleh itu, kerajaan melalui pihak berkuasa akan memberi penekanan supaya segala maklumat berkaitan pemasangan bendera dengan cara betul sampai kepada masyarakat,” katanya.

Kerajaan Perak kibarkan Jalur Gemilang Bulan Kebangsaan 2025, Jalur Gemilang Perak, Sandrea Ng Shy Ching, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, premis kerajaan swasta Perak, bendera Malaysia, isu Jalur Gemilang terbalik
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Perak Pawsitive Intiative Tahun 2025 Daerah Kinta di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh, pada Ahad.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan mengingatkan agar orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dengan tertib terutama ketika negara sedang menyambut Bulan Kebangsaan.

Saarani meminta agar bendera berkenaan dipasang dengan cara yang betul dan bukan dibiarkan terbalik, lusuh atau koyak.

Khamis lalu media melaporkan polis menerima menerima 38 laporan berhubung pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial di seluruh negara. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kibar Jalur Gemilang dengan tertib, beradab – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI