Pentarama Merdeka@HOHO semarakkan semangat patriotik

IPOH – Program PENTARAMA Merdeka@HOHO yang dibawakan Jabatan Penerangan (JAPEN), tampil sebagai platform unik dan dinamik dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan rakyat menerusi pendekatan lebih dekat dengan masyarakat.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib berkata, program itu menjadi pengubah keadaan bagi aktiviti promosi dan publisiti JAPEN apabila ia dilaksanakan dengan kerjasama strategik Perak Transit, iaitu pengendali bas ikonik bumbung terbuka di negeri ini.

“PENTARAMA merupakan cawangan di bawah JAPEN yang mengetengahkan hiburan berinformasi berkonsepkan muzik, tarian, lakonan dan kuiz yang santai tetapi sarat dengan mesej patriotik.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad menyantuni orang ramai pada program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Perak di sekitar Bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2025.

“Melalui pendekatan ini, JAPEN dapat berada lebih dekat dengan rakyat untuk menyampaikan mesej kenegaraan,” katanya kepada pemberita ketika turut serta pada Program PENTARAMA Merdeka @ HOHO Negeri Perak di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN Erwin Khairul Ahmad dan Pengarah JAPEN Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

Mazlan berkata, edisi kali ini, merupakan tahun kedua penganjuran PENTARAMA Merdeka@HOHO sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), namun julung kali dianjurkan di Perak dengan sokongan Perak Transit sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.

Bas PENTARAMA Merdeka@HOHO pada malam tadi berhenti di beberapa lokasi tumpuan termasuk Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Gerbang Malam Ipoh dan Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru dengan pelbagai pengisian menarik dipersembahkan kepada orang ramai.

Antaranya persembahan tarian, nyanyian lagu patriotik, sembang santai mengenai Sambutan HKHM 2025, inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang serta kuiz kenegaraan yang memberi peluang orang ramai berinteraksi secara langsung.

Mazlan berkata, beliau berharap program itu bukan sahaja mampu menyemarakkan semangat cintakan negara, malah turut menyokong industri pelancongan tempatan.

Program PENTARAMA Merdeka@HOHO membawa persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian, sembang santai dan kuiz berunsur kenegaraan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni di sekitar Bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.

“Sambutan amat meriah, insya-Allah kita akan adakan lagi pada tahun depan dan kita mohon daripada semua pihak untuk sama-sama kita meraihkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ni dan juga tahun-tahun seterusnya.

“Dengan adanya PENTARAMA, kita bukan sahaja mendidik dan menghiburkan, malah turut menggalakkan penyertaan aktif rakyat dalam memelihara seni dan budaya tempatan,” kata Mazlan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti HKHM 2025 melalui portal rasmi www.merdeka360.my atau laman sosial Merdeka360 di Facebook, X dan Instagram. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI