MBI rancang kerjasama dengan NBT Songkhla

SONGKHLA, Thailand – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, bagi memperkukuh hubungan dua hala di samping memperkasakan lagi media rasmi mereka, Radio TV MBI.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin berkata, Radio TV MBI yang kini berfungsi secara atas talian sepenuhnya sedang diperluaskan lagi peranannya sebagai medium penyampaian maklumat terbaik kepada warga kota.

MBI kerjasama NBT Songkhla Majlis Bandaraya Ipoh, NBT Songkhla Thailand, Radio TV MBI, kerjasama media Malaysia Thailand, hubungan dua hala Ipoh-Hat Yai, pelancongan Ipoh, media Perak
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin berucap ketika bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan 20 pengamal media Perak ketika melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

Katanya, usaha untuk menjalinkan kerjasama itu tercetus ketika kunjungan delegasi MBI bersama 20 pengamal media Perak di stesen penyiaran berkenaan di Songkhla, Thailand, baru-baru ini.

“Kunjungan itu membuka ruang pertukaran idea dan pengalaman dalam pengurusan media penyiaran, selain menyemarakkan potensi Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang lebih progresif dalam aspek komunikasi.

“Kita banyak dapat pandangan dan idea yang boleh dibawa ke Ipoh. Malah, lawatan ke studio rakaman serta bilik kawalan NBT Songkhla memberi gambaran jelas bagaimana kerjasama boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan 20 pengamal media Perak ketika melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin bergambar bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama 20 pengamal media Perak ketika melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang mengikut kunjungan ke stesen NBT Songkhla, di Hat Yai, Songkhla, baru-baru ini.

Dalam sesi kunjungan sekitar dua jam, kumpulan delegasi MBI dan pengamal media Perak dibawa melawat studio utama, bilik berita dan bilik kawalan studio di samping diberi taklimat ringkas serta bersuai kenal dengan petugas NBT Songkhla.

NBT Songkhla ialah stesen televisyen awam yang berperanan sebagai saluran rasmi kerajaan Thailand dengan menyiarkan pelbagai bentuk rancangan televisyen ke semua 14 wilayah selatan Thailand termasuk Songkhla, Satun, Yala, Pattani dan Narathiwat.

Editor MG Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said ditemubual wartawan NBT Songkhla ketika bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta 20 pengamal media Perak melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

Mula bersiaran sejak tahun 1962, stesen penyiaran yang beroperasi di bawah Jabatan Perhubungan Awam (PRD), Pejabat Perdana Menteri Thailand itu turut melaporkan berita yang menyentuh isu komuniti dan pembangunan setempat.

Mengulas lanjut Hariri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI berkata, kerjasama yang sedang dirancang juga termasuk kepada cadangan program pertukaran media antara Ipoh dan Hat Yai.

MBI kerjasama NBT Songkhla Majlis Bandaraya Ipoh, NBT Songkhla Thailand, Radio TV MBI, kerjasama media Malaysia Thailand, hubungan dua hala Ipoh-Hat Yai, pelancongan Ipoh, media Perak
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama 20 pengamal media Perak ketika melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

“Kita memang berhasrat agar seleas ini kita akan mempelawa mereka di NBT Songkhla untuk ke Ipoh agar dapat diadakan perbincangan mendalam berkenaan usaha ini.

“Malah Datuk Bandar Ipoh (Zamakhshari Hanipah) turut menyokong penuh hasrat kita untuk terus memperkasakan Radio TV MBI sebagai wadah komunikasi dengan warga kota,” katanya lagi.

MBI kerjasama NBT Songkhla Majlis Bandaraya Ipoh, NBT Songkhla Thailand, Radio TV MBI, kerjasama media Malaysia Thailand, hubungan dua hala Ipoh-Hat Yai, pelancongan Ipoh, media Perak
Pengarah NBT Songkhla, Phatompong Kaewbandit. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

Sementara itu, Pengarah NBT Songkhla, Phatompong Kaewbandit menyambut baik cadangan kerjasama dengan MBI, sambil menyifatkan ia sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan Thailand, khususnya di wilayah selatan.

Malah kata beliau, usaha itu juga dilihat dapat membantu kedua-dua pihak dalam menangani cabaran penyebaran berita palsu yang kian membimbangkan di rantau ASEAN.

MBI kerjasama NBT Songkhla Majlis Bandaraya Ipoh, NBT Songkhla Thailand, Radio TV MBI, kerjasama media Malaysia Thailand, hubungan dua hala Ipoh-Hat Yai, pelancongan Ipoh, media Perak
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin bergambar bersama delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama 20 pengamal media Perak ketika melawat stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, Hat Yai. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

“Saya melihat kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada media, malah boleh meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan kedua-dua pihak.

“Kita boleh bertukar-tukar pengalaman, idea serta program untuk menyediakan maklumat tepat kepada rakyat di kedua-dua negara.

“Malah, ia penting kerana sebahagian besar penduduk di selatan Thailand menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ipoh, Hatyai tukar pandangan untuk pembangunan pelancongan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI