Pemimpin perlu guna kuasa untuk jayakan harapan rakyat – Tun M

PUTRAJAYA – Pemimpin bertanggungjawab untuk menggunakan kuasanya demi menjayakan harapan rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, tiada konsep kuasa mutlak terletak di tangan pemimpin kerana mereka dipilih oleh rakyat.

“Pemimpin perlu diberi kuasa tapi kuasa itu untuk menjayakan apa yang diharapnya kepadanya, tiada konsep kuasa mutlak dan (tiada) apa sahaja dilakukannya tidak boleh disoal.

“Kuasa yang digunakan mesti untuk mencapai matlamat yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya ketika sesi Dialog Merdeka: Kepimpinan Malaysia dalam menghadapi krisis di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Tambahnya, rakyat juga berperanan untuk menolak pemimpin yang gagal melunaskan janji kepada rakyat dan melakukan seleweng.

Namun ujarnya, penolakan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

“Kita dapati kerap kali janji-janji yang dibuat sebelum mendapat kuasa tidak dilakukan apabila sudah dapat kuasa.

“Di negara lain kalau pemimpin itu melakukan suatu perkara yang salah apabila ditegur ada yang letak jawatan.

“Dalam sistem, kita boleh menentukan pemimpin yang tidak menyeleweng. (Namun) Sikap Kita tidak boleh menyusahkan,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, meskipun rakyat tertekan dengan dasar yang dilaksanakan oleh pemimpin namun kestabilan negara juga perlu diutamakan.

“Walaupun rakyat berada tertekan kerana dasar pemimpin tapi kalau kita mudahkan sangat (nak) jatuhkan pemimpin, keadaan akan jadi tidak stabil.

“Sebaliknya kita ikuti undang-undang, terpulang kepada kita untuk guna undang-undang dengan penukar pemimpin atau sehingga tamatnya edah pemimpin itu,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI