BAGAN DATUK – Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di sini yang tidak beroperasi sejak tiga tahun lalu dijangka akan beroperasi semula seawal bulan Mac tahun hadapan.
Pengarahnya, See Mei Qi berkata berkata, pengoperasian semula terminal feri yang terletak di muara Sungai Bernam itu juga sebagai usaha merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perak 2024.
“Selepas syarikat Ghadaf Marble Sdn Bhd mengambil alih pada tahun 2020, kami melihat fasiliti yang ada di terminal berkenaan tidak cukup untuk mencapai tahap antarabangsa.
“Dan oleh sebab itu kami sedang giat membangunkan semula kawasan terminal ini agar ia dapat memenuhi kriteria sebuah terminal feri antarabangsa. Malah kami juga sedang dalam pembinaan sebuah terminal feri baru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ke Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang bersempena dengan Program Turun Padang Menteri Besar ke sini, pada Khamis.
Terminal feri yang dibangunkan di kawasan berkeluasan kira-kira 20 hektar itu tidak beroperasi susulan penutupan pintu negara ekoran penularan wabak COVID-19 sebelum ini.
Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang sebelum ini menjadi tumpuan warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk pulang ke kampung halaman menuju Pelabuhan Teluk Nibung di Tanjung Balai, di Sumatera.
Ketika ditanya tentang kemungkinan ada penambahan laluan termasuk ke Pulau Pangkor selepas terminal feri itu dibuka, Mei Qi berkata, perkara itu masih perlu dikaji.
“Jika ada permintaan terhadap penambahan laluan ke feri itu kami akan melakukannya melalui proses yang sepatutnya.
“Namun, memang kami berhasrat ke arah itu, walau bagaimanapun kami berpandangan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati khususnya apabila ia melibatkan laluan ke feri ke negara lain,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama Mei Qi memberitahu, Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang di lokasi sama dijangka akan beroperasi sepenuhnya seawal bulan hadapan.
Katanya, jeti kargo itu akan menjadi pusat pengimportan dan pengeksprotan hasil laut dan pertanian antara negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Myanmar.
Tambahnya, susulan itu terminal feri berkenaan akan dilengkapi dengan fasiliti lain antaranya pejabat, bilik sejuk beku, gudang, pembekalan minyak diesel dan sebagainya. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
Perasmian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk
MGPerak: Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang Akan Beroperasi Mac 2024
[…] Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang dijangka beroperasi Mac 2024 […]
Dah sampai ke penghujug April 2024 dah ni pun tuan tuan puan puan… masih tak nampak bayang pun