Tindakan buka Pelabuhan Hutan Melintang di peringkat akhir

BAGAN DATUK – Perak sedang berada di peringkat akhir bagi pengoperasian semula Terminal Feri Antarabangsa dan Jeti Kargo di Pelabuhan Hutan Melintang, dekat sini yang dihentikan sejak tiga tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini perkara berkenaan berada di peringkat akhir tindakan yang melibatkan antaranya Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

Katanya, ia terminal feri dan jeti kargo itu dijadual akan beroperasi secara rasmi pada April tahun hadapan.

Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang
Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

“Kita sudah ada Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Pejabat Jabatan Imigresen, Pejabat Jabatan Kastam dan sebagainya di situ.

“Walaupun ia bukanlah satu pelabuhan yang seumpanya dengan pelabuhan lain, iaitu seperti jeti biasa, akan tetapi segala keperluan untuk mendarat secara sah di kawasan itu disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini, pada Khamis.

Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

Selain itu, Saarai berkata beliau yakin bahawa pembukaan semula pelabuhan itu mampu membantu ke arah pertumbuhan pembangunan Daerah Bagan Datuk.

“Dengan itu bermakna kargo-kargo dari luar negara dapat mendaratkan hasil laut di pelabuhan. Pada waktu sama akan beroperasi di situ adalah feri-feri yang menghubungkan Bagan Datuk dengan Indonesia,” katanya.

Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kargo Pelabuhan Hutan Melintang Bagan Datuk Feri Bagan Datuk Saaarani Mohamad Menteri besar perak jeti hutan melintang
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

Jeti Kargo berupaya menjalankan pengimportan hasil laut dan hasil pertanian untuk pasaran dalam negara serta diproses untuk diekport ke negara lain.

Komoditi lain seperti beras, minyak, kelapa dan kayu diproses juga didagang melalui jeti tersebut antaranya melibatkan Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Sementara Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di Bagan Datuk menjadi tumpuan warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk pulang ke kampung halaman menuju Pelabuhan Teluk Nibung di Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia.-MG Perak

Artikel Berkaitan:

Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang dijangka beroperasi Mac 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI