Kastam Perak rampas rokok putih, kretek RM2.1 juta

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas rokok putih dan kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2.1 juta menerusi dua operasi berasingan di Manjung pada Khamis lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, hasil risikan selama seminggu pihaknya berjaya menyerbu dua rumah tidak berpenghuni yang dijadikan sebagai stor simpanan di Sitiawan dan Pantai Remis.

Katanya, dalam operasi di Sitiawan, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Lumut telah menyerbu sebuah rumah di kawasan perumahan berpagar di situ, pada jam 1.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan di rumah yang tidak berpenghuni itu, JKDM menemukan 2.57 juta batang rokok tidak bercukai dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai cukai RM2.03 juta,” katanya.

Rokok putih rokok kretek rokok seludup kastam Perak rampas rokok seludup rokok cukai Pengarah kastam Perak
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad pada sidang media rampasan rokok putih dan kretek bernilai RM2.1 juta di Kompleks Penguatkuasaan Dan Pematuhan JKDM, Meru. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Dan Pematuhan JKDM, Taman Meru dekat sini pada Isnin.

Ujar beliau, sementara itu sebuah rumah terbiar di Pantai Remis telah diserbu Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Taping, pada jam 10.15 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan di premis berkenaan, pihaknya menemukan sebanyak 127,200 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama.

Menurut beliau kesemua rokok dengan anggaran cukai berjumlah RM100,907.40 itu ditemukan di ruang tamu rumah tersebut.

Abdul Ghafar menambah kesemua kes disiasat itu di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Rokok putih rokok kretek rokok seludup kastam Perak rampas rokok seludup rokok cukai Pengarah kastam Perak
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad pada sidang media rampasan rokok putih dan kretek bernilai RM2.1 juta di Kompleks Penguatkuasaan Dan Pematuhan JKDM, Meru. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 NOVEMBER 2023.

“Kesemua rokok putih dan kretek itu ditemukan dalam kotak yang berbalut di dua lokasi yang tidak berpenghuni.

“Justeru itu JKDM Perak sedang memburu pemilik kedua-dua premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Di samping itu, pemilik rumah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mengenal pasti identiti penyewa premis mereka,” katanya lagi.

Tambah Abdul Ghafar, hasil siasatan awal mendapati kesemua rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Negara Indonesia dan Vietnam, bagi diedarkan pada pasaran di Perak.

Pada perkembangan sama, sebanyak 424 kes berjaya diperoleh dianggarkan bernilai lebih RM11.6 juta bagi tempoh Januari hingga November ini.

“Sebanyak 250 kes melibatkan frod perdagangan dan 174 kes frod dokumentasi melibatkan pelbagai komoditi.

“Kita merampas lebih 6.6 juta batang rokok putih dan kretek, 21,460 liter minuman keras, 40 kenderaan, 101.97 gram dadah dan 15 botol air kanabis,” katanya. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Tindakan buka Pelabuhan Hutan Melintang di peringkat akhir

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI