Pejabat MB nafi hantaran dakwa Sultan Perak perkenan pembubaran DUN

IPOH – Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial kononnya Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi memohon memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan telah mendapat perkenan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pejabat Menteri Besar memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, dakwaan itu disifatkan sebagai tidak berasas selain pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Pejabat ini turut mengesan penyebaran grafik menyerupai siaran berita televisyen selain penyiaran semula bahan berita lama, sehingga boleh menimbulkan kekeliruan mengenai kedudukan semasa Dewan Negeri Perak,” katanya.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar Perak meminta orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan sebarang bentuk kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

Terdahulu tular hantaran dalam media sosial grafik menyerupai bahan siaran berita televisyen tempatan yang mendakwa Menteri Besar memaklumkan Sultan Perak telah memperkenankan DUN dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Menerusi semakan, hantaran itu difahamkan merupakan laporan yang diterbitkan pada 17 Oktober 2022. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DUN Perak sepakat lulus pindaan Enakmen Perhutanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI