Sindiket jual semula minyak masak subsidi tumpas, rampasan lebih RM80,000

TAIPING – Sindiket dipercayai membeli minyak masak paket bersubsidi sebelum dijual semula kepada industri minyak masak terpakai terbongkar menerusi serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Kamunting, di sini hari ini.

Serbuan yang dilakukan ke atas sebuah stor penyimpanan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu).

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kegiatan itu dipercayai melibatkan pembelian minyak masak paket satu kilogram (kg) daripada syarikat pembungkus dan pemborong sekitar negeri ini pada harga RM2.50 sekilogram.

Menurutnya, minyak bersubsidi berkenaan kemudiannya dikumpulkan sebelum dijual semula kepada pihak industri minyak masak terpakai pada harga antara RM3.60 hingga RM4 sekilogram.

Sindiket jual semula minyak masak subsidi Sindiket minyak masak subsidi, penjualan semula minyak masak subsidi, penyalahgunaan minyak masak bersubsidi, minyak masak paket subsidi, penyelewengan minyak masak subsidi 3. Related keyphrases 1. Rampasan minyak masak subsidi 2. KPDN Perak 3. Sindiket minyak masak Taiping 4. Ops Tiris 4.0 5. Penyelewengan barang kawalan
Anggota KPDN Perak melakukan pemeriksaan di sebuah stor penyimpanan yang didakwa menjalankan sindiket menjual semula minyak masak bersubsidi kepada industri minyak masak terpakai di Kamunting. Foto KPDN

“Ketika pemeriksaan dijalankan, pihak penguat kuasa menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan.

“Lelaki terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan berkaitan barang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, 112 kotak minyak masak paket dengan jumlah keseluruhan seberat 2,240 kg serta 10 tong dram plastik berkapasiti 200 liter yang mengandungi kira-kira 2,000 kg minyak masak.

Kamalludin berkata, turut disita ialah 2,000 unit plastik minyak masak yang telah digunting dan beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM80,600 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala badan korporat boleh didenda sehingga RM2 juta dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” jelasnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Sorok minyak masak subsidi, jual harga lebih mahal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI