IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kekal dengan keputusan menggantung Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria untuk menghadiri Sidang DUN Perak selama enam bulan yang berkuat kuasa sejak April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas beliau menimbang dan meneliti usul dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang memohon untuk memendekkan tempoh penggantungan ADUN Semanggol itu. – MGPerak