DUN Perak lulus pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Perak) pindaan 2025 secara sebulat suara tanpa dibahaskan, dekat sini, pada Khamis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang membentangkan usul berkenaan berkata, cadangan pindaan RUU itu selaras dengan penggubalan RUU Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 yang diluluskan pada Rabu.

Katanya, pindaan itu bertujuan bagi memastikan tiada pertindihan peruntukan sama·berhubung sekolah agama islam dalam dua undang-undang berbeza, di samping memastikan undang-undang yang lebih selaras serta dilaksanakan tanpa sebarang konflik.

Jelas Saarani, pindaan melibatkan Seksyen 109 dan Subseksyen 111(2) di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 itu bersifat pindaan berbebangkit atau ‘constitutional amendment’.

“Dikeluarkan peruntukan berkaitan kuasa majlis mendaftarkan sekolah serta kuasa membuat peraturan-peraturan berhubung pentadbiran sekolah dan aktiviti berkaitan pengajaran agama Islam.

“Peruntukan enakmen pentadbiran yang dikeluarkan itu ditambah baik dan dikandungkan menjadi sebahagian daripada peruntukan dalam RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam yang baharu

“Kedua-dua peruntukan ini dikeluarkan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 kerana Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 yang dirujuk tidak terpakai lagi dan termansuh dengan berkuatkuasanya Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025,” katanya.

Tambah Saarani, cadangan pindaan itu telah dibincangkan bersekali dengan RUU yang diluluskan pada Rabu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penggubalan serta diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak.

Jelas beliau, ia turut telah dibentangkan kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak pada 26 Jun 2025 dan diluluskan.

“Ia kemudiannya diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 06 Ogos 2025 bagi membolehkan ia dibentang untuk dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak,” kata Saarani.

Selepas dibentangkan dan dibuat undian, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudian mengumumkan usul berkenaan diluluskan sebulat suara tanpa perbahasan.

Dalam pada itu, DUN Perak turut meluluskan usul melantik Dr Mohamad Yusri Bakir (BN-Ayer Kuning) sebagai ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli yang dibawa oleh wakil blok kerajaan Mohd Azlan Helmi (PH-Tualang Sekah). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DUN Perak lulus RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI