Polis siasat penemuan mayat dibungkus tersangkut pada pokok tumbang

IPOH – Polis sedang menyiasat penemuan bungkusan disyaki mengandungi mayat manusia yang tersangkut pada pokok tumbang di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat di Simpang Pulai, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ia susulan pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu pada hari sama.

Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesahkan penemuan bungkusan tersebut di tepi sungai di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, petang tadi.

Mayat dibungkus Simpang Pulai penemuan mayat Ipoh, mayat tersangkut sungai Perak, SDR mati mengejut, polis Ipoh, Abang Zainal Abidin, Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat
Seorang lelaki memaklumkan kepada polis tentang penemuan mayat dibungkus menggunakan kain yang tersangkut pada pokok yang tumbang di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, Ipoh. foto PDRM

“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu bungkusan disyaki mengandungi mayat dan identiti mayat masih belum diketahui.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai ‘sudden death report’ (SDR) atau mati mengejut sementara menunggu keputusan lanjut hasil bedah siasat bagi menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan perkara itu diminta untuk menghubungi Ketua Balai Polis Simpang Pulai, Inspektor Tai Zhe Jin di talian 019- 5448601 bagi membantu siasatan.

“Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat dalam kereta, tembak polis: Sembilan individu direman tujuh hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI